Tuesday, July 27, 2010

SEm barU

aku hanya manusia yang lemah dan hina di dunia yang fana ini....
lau tak kuat iman mau ak rebah tersungkur d bumi...
bila kita d hadapkan dengan masalah, cabaran dan dugaan baru la kita sedar bahawasanya kita adalah manusia yang kerdil tanpa bantuan dari-NYA...
aku perlukan kuat dan tabah dalam mengharungi semua ini.......

KiTa SeBenArnyA

Entri kali ini pula agak ringkas dan dengan jujur Wan katakan yang ianya adalah entri copy paste kerana Wan masih dalam mood yang takde mood (apakah?). Oleh itu, kredit yang tidak terhingga diberikan kepada cikgu senior. Entah kenapa Wan sangat tertarik dengan post itu sehinggakan Wan rasa terpanggil untuk mengklonnya disini. Seriously, ianya suatu yang menarik untuk kau baca.

Kita sebenarnya… Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.
Kita sebenarnya… Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.
Kita sebenarnya… Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat.
Kita sebenarnya… Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.
Kita sebenarnya… Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada Sembahyang.
Kita sebenarnya… Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita.
Kita sebenarnya… Lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum.
Kita sebenarnya… Lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid.
Kita sebenarnya… Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah) kita sendiri.
Kita sebenarnya… Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.
Kita sebenarnya… Lebih suka pergi konsert, karaoke daripada ceramah agama.
Kita sebenarnya… Lebih suka mengumpat orang daripada mengingati kebaikan orang.
Kita sebenarnya… Lebih suka mencarut apabila melatah daripada menyebut nama Allah.
Kita sebenarnya… Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan.
Kita sebenarnya… Lebih bangga dgn kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan.
Kita sebenarnya… Lebih suka bersekongkol dengan pemeritah yang melakukan kezaliman daripada pemerintah yang baik.
Kita sebenarnya… Lebih cintakan Duniawi daripada urusan Akhirat.
Jadi, fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.
Oh ya, gambar kat atas tu nampak menarik je kan untuk dijadikan sebagai komen grafik untuk dihantar ke kotak komen friendster, myspace ect rakan-rakan. Oleh hal yang demikian, Wan dengan baik hatinya telah menyediakan kod gambar itu khas untuk kau. Maknanya, kau hanya tinggal untuk copy paste saja. Mudah kan? Hehehe..